Monday, June 27, 2011

berfikirlah secara positif & hadapi lah dengan senyuman...




percaya ker tak, sikap saya adalah cermin masa lampau saya…perbicaraan saya di masa sekarang merupakan amalan bagi masa depan saya…maksudnya aper?...yer, bahawa situasi pada masa lalu, sekarang dan masa depan saya dapat tercermin dari bagaimana sikap saya sehari-hari…camkan satu hal, sikap saya merupakan sahabat yang paling setia…namun jugak boleh menjadik musuh yang paling berbahaya…

bagaimana sikap mental saya adalah sebuah pilihan…samaada positif atau negative…



saya jugak pernah dengar yang orang kata…tak akan ader yang dapat menghentikan orang yang bermental positif untuk mencapai tujuannya dan aper yang dikehendaki nya…sebaliknya, tak ader sesuatu pun di dunia nie yang dapat membantu seorang yang sudah bermental negative… 

jika seseorang yang berpikiran positif, maka ianya pasti mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik…kita akan lebih banyak memberi daripada menerima…jelasnya, kita akan lebih berkeyakinan untuk berjuang mencapai tujuan-tujuan yang positif daripada terus jer memikirkan hal-hal negatif yang mungkin jer terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari…

selain tue jugak, tempat dan keadaan tidak menjamin kebahagiaan…kita sendirilah yang harus memutuskan aper kah kita ingin bahagia atau tak...kita yang mengambil keputusan, maka kebahagiaan tue akan datang dengan sendiri nya”…
dengan bersikap positif bukan bererti telah menjamin tercapainya sesuatu yang diusaha kan…namun, bila bersikap positif…setidak-tidaknya kita sudah berada di jalan menuju aper yagn kita usaha kan tue bukan…berhasil atau tidaknya usaha tue nanti akan ditentukan oleh aper yang kita lakukan di sepanjang jalan yang kita lalui tue… 

sepanjang pengajian saya selama beberapa tahun di institute pengajian tinggi…dah beberapa orang ilmuan yang berilmu tinggi yang saya jumpe dan saya jugak penah mendapat kn ilmu daripada diaorang…sume tue adalah pensyarah saya yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza...apabila ditanya mengenai topic nie, pandangan diaorang jugak adalah berbeza-beza mengenai berfikir secara positif nie…antara yang saya ingat adalah :    
         


pilih lah beberapa perkataan atau ayat yang bernada positif…buat banyak salinan dan tampal lah di merata-rata tempat yang selalu dilihat…baca dan hayatilah perkataan tue…jadik kan ianya semangat untuk diri sendiri…buat lah selama seminggu…dalam masa tue, ayat tue akan melekat di dalam pemikiran kita dan ianya akan menjadik amalan kite seterusnya…


pilihlah seseorang yang dalam hidup nya kita rasa diri nya sentiasa berfikiran positif… cubalah carik hal-hal yang berkaitan dengan nya yang boleh di jadik kan contoh dan ubahlah pikiran-pikiran negatif itu mengenai orang tersebut dengan hal-hal positif tadi… sebagai orang beragama, tolong doakan pulak orang tersebut dengan hal-hal positif tadi dan mohonlah agar Tuhan menolongnya…

pilih satu hari istimewa dalam seminggu dan jadikanlah hari tue sebagai “hari 10″… bangunlah pada pagi hari dan yakinlah bahawa setiap orang yang akan kita temui bernilai “10″…dan lakukan lah mereka secara demikian…kita pasti akan marasa hairan sendiri melihat tanggapan yang akan kita peroleh dari orang-orang yang selama nie kita anggap remeh… 

tanda kan suatu hari dalam seminggu sebagai “hari berpikiran positif”…pada hari tue sume yang kita fikir harus lah positif jer…hapuslah kata-kata “tidak dapat,” “tidak pernah,” atau kata-kata lain yang sama maksud dengan nya…usahakan agar kita menemukan cara untuk mengatakan aper yang boleh kita lakukan… 

paling tidak sekali dalam seminggu, carik lah suatu yang boleh kita buat utk orang lain dengan ihklas…lakukanlah suatu yang khusus pada orang yang paling rapat atau yang paling dekat dengan kita…buat lah supaya ianya merasa bahagia dan senang dengan kita…

siapa yang tk nk berjaya?... 

kuncinya adalah jangan pernah sekali-kali berpikiran negative!...
Buang jauh-jauh perkara-perkara negative…jugak perkataan-perkataan negatif dari pikiran kita!...
jangan pernah ader lagi perkataan-perkataan seperti :
“pasti gagal”…
saya belum pernah melakukannya…
saya tak sanggup melakukannya…
saya belum siap melakukannya…
tue bukan tanggung jawab saya…


(cubalah dan buat lah sesuatu yang terbaik untuk diri kita…setiap orang mesti nk kn yang terbaik untuk diri nya bukan…aper pun yang terjadik, berjalan lah tanpa henti)

Sunday, June 26, 2011

senyap tue adalah tangisan paling kuat seorang perempuan...



orang lelaki kalau jarang atau tidak menangis langsung, tue tidak pelik dan perkara biasa jer…tetapi klu lelaki kerap menangis, maka ianya luar biasa bagi lelaki…

orang perempuan biasa nya kerap menangis, maka ianya adalah fitrah dan lumrah bagi seorang perempuan… lalu, perempuan dan air mata adalah sinonim dan tidak dapat dipisahkan…hilangnya air mata perempuan, maka akan hilanglah senjata perempuan…kerana seluruh kehidupan perempuan bergantung kepada perasaan…kata pepatah orang putih: “apabila perempuan menangis, maka dunia akan berhenti seketika”…kerana aper?...kerana apabila perempuan menangis, semua orang akan jadik kelam-kabut dibuat nya…

sangat hebat kuasa tangisan perempuan bukan…   


perempuan adalah manusia yang ‘jiwa-jiwa’ kerana emosi yang dikurniakan kepada orang perempuan lebih banyak daripada lelaki…hati perempuan dengan hati lelaki sangat berbeza cipataannya, dan air mata perempuan mempunyai sambungan yang rapat dengan perasaan serta hati…percayalah, bahawasanya tangisan orang perempuan terbit daripada hati…berbeza dengan lelaki yang air matanya keluar tanpa ader tempat tertentu.

kaum Adam jangan marah jika saya katakan bahawa kebanyakan orang lelaki memang tak reti nak menangis kerana hati lelaki tidak selembut hati perempuan…walaupun lelaki menangis, jarang sekali tangisan tue datang dari hati, mungkin sekali sekadar mengambil hati…awas!...

sejak kecil orang lelaki telah diajar untuk tidak lekas menangis, kerana  tue jugak lah apabila telah meningkat dewasa, orang lelaki meletakkan tabiat menangis sebagai sesuatu yang leceh dan dicampur pulak dengan sikap ego dalam diri mereka…sampaikan apabila berlaku kematian pun mereka lebih sanggup menahan air mata daripada menangis di hadapan khalayak…

katanya tidak macho atau gentleman kalau orang lelaki menangis. ‘apa baranggg!’

sesuatu yang unik pada tabiat menangis nie adalah ianya tidak perlu disuruh untuk menangis tetapi ianya akan menangis apabila diri sendiri yang mahu…walau dipaksa dengan cara aper sekalipun, ianya tak kan mampu menangis tanpa kerelaan hati sendiri… kerana air mata adalah suatu yang mahal dan ianya tidak boleh dikeluarkan tanpa sebab atau tanpa kerelaan hati…

unik kan?...percaya atau tidak, kita boleh mencubanya selepas habis membaca tulisan saya nie…tp bukan sekarang tau!

uniknya pada emosi seorang perempuan jugak, jika ianya pernah melalui suatu peristiwa duka dan sedih, apabila diimbas kembali persitiwa tue…ianya mampu membawa rasa tue dengan kesedihan yang sama tanpa kurang sedikit pun…berbanding pulak bila ditanyakan kepada lelaki, mereka akan berkata dengan selamba:

‘yang lepas teu, lepaslah…usah dikenang lagi…’

dan keunikan tersebut telah dikurniakan pada perempuan yang jarang ader pada orang lelaki…kalau ader pun terlalu sedikit, satu dalam ribuan dan jutaan lelaki…

mungkin tidak salah jika saya sebutkan bahawa hobi orang perempuan adalah menangis, sebab  tue lah perempuan dan air matanya tidak dapat dipisahkan…bila perempuan tidak menangis, dier akan merasa sedih dan akhirnya akan menangis jugak, aduhai…nngis jugak kn…

apabila perempuan sedih mereka menangis…apabila mereka takut mereka akan menangis, dan apabila mereka gembira mereka jugak akan menangis!...
salah kah menangis…

kalaulah dunia nie hanya dihiasi dengan gelak ketawa semata-mata, maka akan hilanglah seri kegembiraannya…kerana nikmat kegembiraan terhasil apabila kita sudah merasai sakitnya kesedihan…lalu, menangis adalah satu keperluan dalam kehidupan bahkan nyawa untuk seorang perempuan...sebut jer menangis, ianya mesti melibat kan orang perempuan kn…

menangislah untuk kebaikkan, kerana ianya akan membuahkan pahala dan membasuh dosa kita yagn lalu…seseorang yang menangis kerana ingin kembali ke pangkal jalan yang benar dan bertaubat, air matanya adalah sebagai pemadam api neraka di akhirat nnti…

menangis tidak salah, yang salah nya apabila kita tidak pernah menangis kerana rasa bersalah…saya yakin, perempuan lebih fahamdan lebih mengerti dengan ungkapan nie…

dan jugak tidak salah kepada orang lelaki untuk menangis, kerana Nabi kita Muhammad saw adalah seorang manusia yang mudah menangis, tangisannya bukan untuk dirinya sahaja tetapi jugak buat umat yang baginda sayangi…

apabila perempuan menangis

air mata adalah nilai yang paling besar pada seorang wanita, kerana tue perempuan akan menangis sekiranya terjadik sesuatu yang besar dalam hidup merekaorang lelaki mestilah faham, jalan terakhir bagi perempuan untuk melauhkan sesuatu adalah melalui tangisan mereka kerana mereka sudah tidak mampu untuk meluahkannya melalui kata-kata atau bicara…

percayalah, perempuan tidak akan menangis jika mereka masih berupaya untuk mengungkap sesuatu dengan lisan dan dengan kata-kata...

ader segelintir perempuan yang menangis kerana sikap concern, carring atau sifat ambil tahu yang dikurniakan kepadanya sangat tinggi…misalnya apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada orang yang disayanginya, maka mereka akan menangis kerana kekurangan tersebut…perempuan seperti nie, mempunyai hati dan perasaan yang sangat halus serta lembut…walaupun bukan kerana kesilapannya mereka akan mampu menangis…

ader jugak sebahagian perempuan yang menangis kerana dier dihimpit dengan pelbagai masalah yang mengganggu hatinya…pendek kata, mereka menangis kerana terlalu tertekan atau stress…bagi mereka, dengan cara menangis lah mereka dapat menghilangkan semua bebanan tersebut…ternyata ianya adalah langkah yang tepat, kerana apabila mereka menangis emosi mereka berada di tahap yang paling bawah dan akhirnya akan reda dengan sendirinya…siapa yang sudah merasainya, dier akan mencapai satu kepuasan selepas menangis…tak percaya?...tanyalah kepada orang perempuan, saya yakin rata-rata perempuan akan menjawab YA!

saya kurang bersetuju dan kurang senang jika ader orang lelaki mengatakan bahawa orang perempuan menangis tanpa alasan dan sebab…

perempuan adalah seorang yang sensitive dalam banyak perkara…disebabkan emosi yang dikurniakan kepada mereka berbeza dengan lelaki, hidup mereka lazimnya dipengaruhi oleh perasaan…tidak hairanlah jika ader perempuan yang menangis hanya kerana melihat orang lain menangis…pelik bukan…setiap moment boleh menjadi bahan untuk tangisan mereka… tue lah orang perempuan…

ketahuilah, apabila perempuan menangis…mereka sebenar nya memerlukan perhatian daripada orang yang hampir dan rapat dengan mereka dan memberikan kepadanya sesuatu yang dapat mengembalikan semula semangatnya…

tue lah manusia yang dinamakan perempuan, ciptaan mereka yang terlalu unik nie lah yang menjadik kan mereka insan yang sukar untuk difahami misteri kejadian mereka… tangisan mereka menyimpan pelbagai makna yang tidak dapat diketahui oleh orang lelaki…
nie adalah pandangan saya jer tau…

apabila seseorang tue telah membuatkan perempuan menangis, maka orang tue adalah sebahagian daripada isi hatinya…oleh yang demikian, jangan sesekali biarkan perempuan menangis kerana kita   ketika hatinya sedang menangis, air matanyalah yang menzahirkan aper yang terbuku di hati…

siapa lagi dihatinya kalau bukan kita yang memaksa mereka untuk mengalirkan air mata!!...

 



Saturday, June 25, 2011

mengharapkan sesuatu yang terbaik...




tajuk nie mungkin boleh dikatakan terlalu idealistic…namun secara jujur nya, sape yang tidak mengharap kan sesuatu yang terbaik dlm hidup nya kn?…sebesar mane pun kemahuan nya itu, pasti berlainan bagi seyiap orang kn…

siang tue…nie bukan mimpi malam a.k.a bunga bunga tidur…melainkan mimpi ditengah teriknya matahari di sebuah persimpangan lampu merah yang paling tidak menyenang kan…

saya bermimpi akan hari yang lebih baik…hidup yang lebih baik…
tanpa amarah…tanpa angkara…
tanpa kebohongan…tanpa permainan licik…
tanpa kejahatan…tanpa prasangka.

saya bermimpi akan dunia yang lebih baik…
tanpa kematian…tanpa perpisahan…
tanpa badai…tanpa gejolak…
tanpa pertikaian…tanpa perang…
tanpa kemiskinan…tanpa kehilangan…

saya bermimpi akan mimpi yang seakan sangat tidak mungkin di perolehi, hanya sekadar angan-angan  dan impian yang sangat indah…

aper pun tue bentuknya, semua yang terhasil dari setiap tindakan kita…akan lebuh bermakna dan bernilai, walau sekecil aper pun ianya…tapi bahkan dari hal yang paling buruk sekalipun, selalu saja diselitkan sebuah pelajaran kecil yang berharga…
 
amarah dan angkara…kebohongan dan permainan licik…
kejahatan dan prasangka…
pertikaian dan perang…
mereka mengajarkan saya erti sebuah kesabaran…mengajarkan saya jugak erti cinta dan perhubungan…

kematian dan perpisahaan…
badai dan gejolak…
kemiskinan…
mereka mengajarkan saya erti memiliki dan menghargai…

namun yang lebih penting dari semua tue, mereka semua mengajarkan saya erti ucapan syukur…

sebuah pelajaran kecil yang paling berharga dari sebuah putaran yang bernama kehidupan…

dan di saat saya menginginkan sesuatu yang lebih baik dari (setidaknya) hidup saya, sudah sepantasnya saya mengisinya jugak dengan kata-kata yang terbaik…tindakan yang terbaik, dan yang terutama adalah dengan pemikiran yang terbaik… 

siapa yang tahu...mungkin saja...kehidupan yang lebih baik tue akan tiba…mungkin bukan pada masa sekarang dan mungkin jugak pada waktu terdekat nie…tapi mungkin saja…tunggu saje ianya datang berserta disulami dengan doa yang tidak putus-putus…

dan jika mimpi tue masih belum terwujud jugak...anggap sahaja yang tue semua (baik atau buruknya) adalah sebahagian daripada proses saya belajar untuk menjadik lebih baik lagi…sebuah bahagian daripada proses saya mencapai impian saya…

(tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna)


dugaan cinta jarah jauh, bersabar lah wahai syg...




PERNAHKAH kita berasa terlalu jauh dengan seseorang?...apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan kita sering termenung memikirkan dirinya kn…

bayangkan kita bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan…mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya…
percintaan jarak jauh ader kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya…namun ader jugak yang menaruh curiga pada pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan…

bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui?...pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh nie…pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi…kekangan yang paling hebat dirasai pada saat tue…

oleh kerana itu, kita perlulah utk menetap kan dan bulat kan ati kite kepada pasangan kita…antara lain nya jugak adalah… 




percaya pada pasangan

apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia…pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan nie berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan…
percayalah pada si dier yang dier akan setia dan masih menyayangi kita walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya…

 setia walaupun jauh

memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan…ketika berjauhan, kita akan terasa sunyi kerana orang yang paling kita sayang jauh dari mata…

apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati…ketika nie lah kawan menjadi penyeri…namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan…ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang kita sayang…di sini, ader yang kecundang…

berjumpalah walaupun seketika

jangan jadik kan jauh tue sebagai alasan…cinta perlukan komitmen…cinta jugak adalah tanggungjawab…walaupun jauh, cuba carik masa untuk berjumpa dengan si dier…
andai kata si jejaka duduk jauh di selatan misalnya manakala si gadis tinggal jauh di utara cuba carik masa yang sesuai untuk berjumpa…

paling tidak pun apabila ader cuti panjang menjelang…janganlah tidak berjumpa langsung…sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan…
jadik, apabila ader kelapangan tue…rancanglah untuk berjumpa, sudah pasti nie akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu…

 tanyalah khabar

setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dier untuk bertanyakan khabar… buat secara selang seli…hari nie kita yang hubungi dier dan esok giliran dier pulak… dengan cara nie, baru sama-sama berasa susah dan senang…
jangan mengharapkan si dier saja yang akan menelefon…sudah pasti dier akan berasa sukar untuk menghubungi kita jika dier saja yang perlu hubungi…memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen…untuk tue, sama-samalah membantu dalam membina percintaan nie…

sambut hari ulang tahun bersama

sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama…sekiranya sambutan hari ulang tahun tue jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas tue…
luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain…walaupun perjumpaan tue hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati masing-masing…
mungkin kita akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu…

 jangan jadik kan jarak sebagai pemusnah

cinta jarak jauh memang sukar…memang meronta-ronta hati bila mana rindu tue datang… apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan tue…

tetapi ingatlah, jangan jadik kan jarak yang jauh tue sebagai pemusnah cinta…jadik kan ianya sebagai satu cabaran yang akan memberikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan cinta tue…jangan sesekali cepat mengalah…

aper pun rintangan yang ader, jangan jadik kan ianya sebagai alasan dan penghalang… tetapi jadik kan ianya sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dier…apabila jauh, kita akan merasa rindu bukan?...jadik jauh yue bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ianya salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadik seorang kekasih yang setia…



Wednesday, June 22, 2011

i love u...


 
you know it's love when forever is not long enough…
it's true we don't know what we've got until its gone,
but we don't know what we've been missing until it arrives…
love is the shortest distance between hearts…

life and love are like hide and seek…
people spend their whole lives looking for love,
but when they finally forget to look for it, they find it…
see there's this place in me where your fingerprints still rest, 

your kisses still linger, and your whispers softly echo…
it's the place where a part of you will forever be a part of me…
the bad things in life open your eyes to the good…
things you weren't paying attention to before…

if you love someone,
do not put their name in a heart because hearts can be broken,
instead put their name in a circle,
because circles go on forever…

love is just a word until someone you meet gives it a proper meaning…




Tuesday, June 21, 2011

sbb tue org kata jangan over...



kalau benci…jangan benci sangat…
kalau sayang pulak…biarlah berpada…

sume orang mesti selalu dengar kan mcm tue?...bahkan sll sgt…dan terlalu selalu…

tapi, selalunya kita tidak ambil pusing, kita buat tk tau ker dan kita tk ambik peduli lansung…oleh kerana dah sayang, kalau boleh bulan bintang nk kita beri…

selalunya yang berlebih-lebih menunjukan kasih sayang nie sape?... 
lelaki?...
atau perempuan?...
atau mungkin terlalu subjektif?...

selalunya yang banyak berkorban dan sanggup lakukan segala nie sape?...
lelaki atau perempuan?...
atau mungkin jugak terlalu subjektif?...

post saya yang kali nie, agak sensitive sket tajuk nya…tp nie cume sekadar nk bercerita dan berkongsi pendapat sahaja…

cuma kalau pun kita sayang, berpada-pada lah…yang selalu terjadik, berjanji untuk sanggup sehidup semati…si kekasih sanggup berkorban segala-galanya sedang kita sendiri sebenarnya tidak pasti pun apakan nanti si kekasih ini benar-benar ditakdirkan untuk sehidup semati hubungan itu dengan sebuah ikatan perkahwinan yang sah…apabila tiba pada suatu ketika, bila mana salah seorang berpaling arah, perasaan yang sebelum nie mekar dengan kasih sayang terus jer bertukar menjadik benci yang mendalam dan akhir nya menjadik dendam…


sebab aper?

kerana dulu kita sudah terlalu kasih…
kerana dulu kita sudah terlalu banyak berhabis…
 kerana dulu kita sudah terlalu banyak beralah…
 


 akhirnya…apabila kita sedar bahawa segala yang kita lakukan tidak berbaloi walau untuk satu sen pun, kita jadi marah…kita kecewa…kita benci…

jadi, kalau pun kita benar-benar kasih, jangan diserah semuanya yang kita ader…simpan sedikit kasih sayang tue untuk diri sendiri…kerana sekurang-kurangnya nnti kita akan masih mampu untuk mengasihi diri sendiri bila kita tidak ader sesape lagi yang sudi mengasihi…

(arap-arap ape yang kite usaha kan dan aper yang kite korban kan selama nie berbaloi)


percaya pada pasangan tue kn ker indah...



kalaulah prinsip Kepercayaan Kepada Pasangan ini di letakkan dalam Rukunegara, mesti tak ramai orang yang cerai-berai…tak pun, di letakkan dalam Syarat Sah Nikah, mesti ramai orang akan mendapat keberkatan dalam perkahwinan…ooohh, mungkin jugak baik di letakkan dalam Love Lesson 101, confirm semua orang akan bercinta dengan hati yang tenang dan bahagia…hati sentiasa berbunga-bunga dan bibir sentiasa senyum, manis jer nampak…

semua orang pernah bercinta dan semua orang akan bercinta…tue dh semesti nya kan…

tetapi, yang selalu menjadi permasalahan bagi seseorang yang bercinta ialah…

kesukaran melupakan cinta pertama, kekasih lama dan peristiwa lalu yang menggugat kepercayaan kepada diri dan pasangan…sekaligus, ia menyebabkan hubungan penuh dengan syak wasangka tanpa sebab yang jelas…tak percaya?...pecaya lah, sbb nie berdasar kan dari pengalaman kawan kawan yang rapat dengan saya…

aper pun yang terjadik, dalam sesuatu perhubungan tue mesti kena ader matlamat yang jelas dan pasti…

Berfikiran positif dalam halatuju perhubungan
chill, cool dan rileks…jadik kan perhubungan bukan sebagai suatu beban, elakkan dari berfikiran was-was…kerana was-was itu akan menyebabkan perpecahan…

Rangka masa depan dengan lebih komited
elakkan dari bercerita perkara lama…yang lepas itu, lepaslah…yang baru nie perlu di focus kan…setiap pasangan tue perlu lebih banyak bincangkan hal masa depan yang hendak di rangka dan di tempuhi bersama…

Berterus-terang dalam hal yang memerlukan kefahaman kedua belah pihak
nie paling penting…luahkan dan selami lah antara kedua-dua pasangan…jika ader satu perkara rahsia yang perlu di beritahu, jadik kan ia sebagai objek untuk menjernihkan…bukannya sebagai objek untuk mencari kesalahan…

tapi, bagaimana pulak dengan kes kesukaran melupakan kekasih lama atau cinta pertama…        
yang nie saya tk bape nk tau sgt, sbb saya senang jer nk lupe kn kisah lepas saya sbb si dia curang dengan saya dan si dia ader gurlz len…bagi saya, tk de gune nya saya nngis d sbb kn itu, si dia tk layak dpt pape dari saya walau pun sekadar airmata saya…tue bagi saya lah…tp, nie adalah pandangan ikhlas dari saya…baiklah, manusia di anugerahkan memori…kita tidak boleh memadamkan memori…kita tidak boleh mengubah ingatan seseorang…tetapi, kita berupaya untuk memberi harapan, di mana ia boleh membuat memori tue di lupakan dalam tempoh tertentu…

yer, harapan…suatu terma baru yang agak unik…jika ia di susuli dengan kepercayaan, hubungan sesuatu pasangan itu lebih terikat dengan kuat dan sukar di pisahkan…hal yang sedemikian, harapan dan kepercayaan merupakan suatu cara yang di guna pakai oleh Tuhan Yang Maha Esa dalam mengawal manusia…jadik, mengapa tidak kita menggunakan ilmu Allah berkaitan harapan dan kepercayaan terhadap manusia untuk mengawal perhubungan?...

sekarang, sudahkah kita nampak bagaimana cara untuk percaya kepada pasangan kita?...

                                         



Template by:

Free Blog Templates