Sunday, June 26, 2011

senyap tue adalah tangisan paling kuat seorang perempuan...



orang lelaki kalau jarang atau tidak menangis langsung, tue tidak pelik dan perkara biasa jer…tetapi klu lelaki kerap menangis, maka ianya luar biasa bagi lelaki…

orang perempuan biasa nya kerap menangis, maka ianya adalah fitrah dan lumrah bagi seorang perempuan… lalu, perempuan dan air mata adalah sinonim dan tidak dapat dipisahkan…hilangnya air mata perempuan, maka akan hilanglah senjata perempuan…kerana seluruh kehidupan perempuan bergantung kepada perasaan…kata pepatah orang putih: “apabila perempuan menangis, maka dunia akan berhenti seketika”…kerana aper?...kerana apabila perempuan menangis, semua orang akan jadik kelam-kabut dibuat nya…

sangat hebat kuasa tangisan perempuan bukan…   


perempuan adalah manusia yang ‘jiwa-jiwa’ kerana emosi yang dikurniakan kepada orang perempuan lebih banyak daripada lelaki…hati perempuan dengan hati lelaki sangat berbeza cipataannya, dan air mata perempuan mempunyai sambungan yang rapat dengan perasaan serta hati…percayalah, bahawasanya tangisan orang perempuan terbit daripada hati…berbeza dengan lelaki yang air matanya keluar tanpa ader tempat tertentu.

kaum Adam jangan marah jika saya katakan bahawa kebanyakan orang lelaki memang tak reti nak menangis kerana hati lelaki tidak selembut hati perempuan…walaupun lelaki menangis, jarang sekali tangisan tue datang dari hati, mungkin sekali sekadar mengambil hati…awas!...

sejak kecil orang lelaki telah diajar untuk tidak lekas menangis, kerana  tue jugak lah apabila telah meningkat dewasa, orang lelaki meletakkan tabiat menangis sebagai sesuatu yang leceh dan dicampur pulak dengan sikap ego dalam diri mereka…sampaikan apabila berlaku kematian pun mereka lebih sanggup menahan air mata daripada menangis di hadapan khalayak…

katanya tidak macho atau gentleman kalau orang lelaki menangis. ‘apa baranggg!’

sesuatu yang unik pada tabiat menangis nie adalah ianya tidak perlu disuruh untuk menangis tetapi ianya akan menangis apabila diri sendiri yang mahu…walau dipaksa dengan cara aper sekalipun, ianya tak kan mampu menangis tanpa kerelaan hati sendiri… kerana air mata adalah suatu yang mahal dan ianya tidak boleh dikeluarkan tanpa sebab atau tanpa kerelaan hati…

unik kan?...percaya atau tidak, kita boleh mencubanya selepas habis membaca tulisan saya nie…tp bukan sekarang tau!

uniknya pada emosi seorang perempuan jugak, jika ianya pernah melalui suatu peristiwa duka dan sedih, apabila diimbas kembali persitiwa tue…ianya mampu membawa rasa tue dengan kesedihan yang sama tanpa kurang sedikit pun…berbanding pulak bila ditanyakan kepada lelaki, mereka akan berkata dengan selamba:

‘yang lepas teu, lepaslah…usah dikenang lagi…’

dan keunikan tersebut telah dikurniakan pada perempuan yang jarang ader pada orang lelaki…kalau ader pun terlalu sedikit, satu dalam ribuan dan jutaan lelaki…

mungkin tidak salah jika saya sebutkan bahawa hobi orang perempuan adalah menangis, sebab  tue lah perempuan dan air matanya tidak dapat dipisahkan…bila perempuan tidak menangis, dier akan merasa sedih dan akhirnya akan menangis jugak, aduhai…nngis jugak kn…

apabila perempuan sedih mereka menangis…apabila mereka takut mereka akan menangis, dan apabila mereka gembira mereka jugak akan menangis!...
salah kah menangis…

kalaulah dunia nie hanya dihiasi dengan gelak ketawa semata-mata, maka akan hilanglah seri kegembiraannya…kerana nikmat kegembiraan terhasil apabila kita sudah merasai sakitnya kesedihan…lalu, menangis adalah satu keperluan dalam kehidupan bahkan nyawa untuk seorang perempuan...sebut jer menangis, ianya mesti melibat kan orang perempuan kn…

menangislah untuk kebaikkan, kerana ianya akan membuahkan pahala dan membasuh dosa kita yagn lalu…seseorang yang menangis kerana ingin kembali ke pangkal jalan yang benar dan bertaubat, air matanya adalah sebagai pemadam api neraka di akhirat nnti…

menangis tidak salah, yang salah nya apabila kita tidak pernah menangis kerana rasa bersalah…saya yakin, perempuan lebih fahamdan lebih mengerti dengan ungkapan nie…

dan jugak tidak salah kepada orang lelaki untuk menangis, kerana Nabi kita Muhammad saw adalah seorang manusia yang mudah menangis, tangisannya bukan untuk dirinya sahaja tetapi jugak buat umat yang baginda sayangi…

apabila perempuan menangis

air mata adalah nilai yang paling besar pada seorang wanita, kerana tue perempuan akan menangis sekiranya terjadik sesuatu yang besar dalam hidup merekaorang lelaki mestilah faham, jalan terakhir bagi perempuan untuk melauhkan sesuatu adalah melalui tangisan mereka kerana mereka sudah tidak mampu untuk meluahkannya melalui kata-kata atau bicara…

percayalah, perempuan tidak akan menangis jika mereka masih berupaya untuk mengungkap sesuatu dengan lisan dan dengan kata-kata...

ader segelintir perempuan yang menangis kerana sikap concern, carring atau sifat ambil tahu yang dikurniakan kepadanya sangat tinggi…misalnya apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada orang yang disayanginya, maka mereka akan menangis kerana kekurangan tersebut…perempuan seperti nie, mempunyai hati dan perasaan yang sangat halus serta lembut…walaupun bukan kerana kesilapannya mereka akan mampu menangis…

ader jugak sebahagian perempuan yang menangis kerana dier dihimpit dengan pelbagai masalah yang mengganggu hatinya…pendek kata, mereka menangis kerana terlalu tertekan atau stress…bagi mereka, dengan cara menangis lah mereka dapat menghilangkan semua bebanan tersebut…ternyata ianya adalah langkah yang tepat, kerana apabila mereka menangis emosi mereka berada di tahap yang paling bawah dan akhirnya akan reda dengan sendirinya…siapa yang sudah merasainya, dier akan mencapai satu kepuasan selepas menangis…tak percaya?...tanyalah kepada orang perempuan, saya yakin rata-rata perempuan akan menjawab YA!

saya kurang bersetuju dan kurang senang jika ader orang lelaki mengatakan bahawa orang perempuan menangis tanpa alasan dan sebab…

perempuan adalah seorang yang sensitive dalam banyak perkara…disebabkan emosi yang dikurniakan kepada mereka berbeza dengan lelaki, hidup mereka lazimnya dipengaruhi oleh perasaan…tidak hairanlah jika ader perempuan yang menangis hanya kerana melihat orang lain menangis…pelik bukan…setiap moment boleh menjadi bahan untuk tangisan mereka… tue lah orang perempuan…

ketahuilah, apabila perempuan menangis…mereka sebenar nya memerlukan perhatian daripada orang yang hampir dan rapat dengan mereka dan memberikan kepadanya sesuatu yang dapat mengembalikan semula semangatnya…

tue lah manusia yang dinamakan perempuan, ciptaan mereka yang terlalu unik nie lah yang menjadik kan mereka insan yang sukar untuk difahami misteri kejadian mereka… tangisan mereka menyimpan pelbagai makna yang tidak dapat diketahui oleh orang lelaki…
nie adalah pandangan saya jer tau…

apabila seseorang tue telah membuatkan perempuan menangis, maka orang tue adalah sebahagian daripada isi hatinya…oleh yang demikian, jangan sesekali biarkan perempuan menangis kerana kita   ketika hatinya sedang menangis, air matanyalah yang menzahirkan aper yang terbuku di hati…

siapa lagi dihatinya kalau bukan kita yang memaksa mereka untuk mengalirkan air mata!!...

 



0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates