Rasa kehilangan merupakan fitrah yang pasti dialami sesiapa saja. Begiru juga dengan saya. Rasa kehilangan boleh menimbulkan kesan yang luar biasa bagi saya yang mengalaminya. Tidak ada yang “mutlak benar dan mutlak salah” dalam soal rasa, merasa dan perasaan, termasuk rasa kehilangan. Mengatasi rasa kehilangan lebih tepat difokuskan kepada mengatasi rasa kecewa, rasa sedih dan rasa sesal kerana kehilangan. Proses, waktu dan kesanggupan menyingkapkan rasa kehilangan kepada diri saya memang berbeza. Namun, setidaknya langkah-langkah berikut dapat saya lakukan untuk mengatasinya dan ini juga sekadar pandangan dan pendapat daripada saya.
Biarkan diri saya merasakan aper sahaja emosi. Lepaskan beban perasaan dengan cara yang tepat. Menangis boleh membuat kan saya mengurangi dan melepaskan beban perasaan. Reaksi awal ini sangat tepat bagi diri saya kerana sesiapa pun yang saya kehilangan, saya akan berperasaan mcm tue. Akan tetapi, jangan biarkan perasaan itu berlarutan dan dikendalikan oleh emosi kerana ianya boleh membahayakan kesihatan emosi dan fikiran saya.
sharing dengan orang dan sahabat yang tepat mengenai yang saya rasakan, lebih baik daripada dipendam sendiri. Hal ini untuk menghindari berkembangnya emosi dan persepsi negatif dalam diri saya. Dalam keadaan seperti ini, saya memerlukan sokongan orang terdekat yang boleh mengingatkan dan menguatkan hati, bahkan dapat memberikan pendapat yang baik.
Sebaiknya, tetap lakukan kegiatan rutin harian seperti biasa agar fikiran dan perasaan saya tidak terfokus kepada kehilangan itu. Akan tetapi, sebaiknya tidak membuat keputusan atau hal-hal yang merugikan diri sendiri di saat hati dan perasaan saya masih lagi bersedih.
Perbanyak kan berzikir dan berdoa, serta elak kan dari menyalahkan diri sendiri dan keadaan apalagi kehendak Yang Maha Berkehendak kan nya begitu. Penyerahan dan kepasrahan diri kepada Allah SWT merupakan sebaik-baiknya ubat yang mampu menumbuhkan kesabaran, ketabahan dan keikhlasan saya menerima kenyataan. Jika saya mau belajar dan mau menyedari, selalu ader hikmah di sebalik setiap masalah. Memang tidak mudah merealisasikannya, lebih mudah membaca dan menuliskannya. Namun, semua yang saya lakukan memerlukan proses, waktu dan kemahuan yang kuat. Kehilangan pun merupakan sebahagian dari proses perubahan dalam hidup saya, dari tiada menjadi ada kemudian tiada.
Saya yang merasa dan saya juga yang megalami nya. Yang hilang, mungkin boleh dicari dan didapat kembali atau diganti meskipun ertinya tak akan mampu sama. Walaupun demikian, keyakinan yang teguh, keihkhlasan dan kesabaran menjalani rasa kehilangan sangat penting untuk ditanamkan. Semua yang berbentuk pasti akan rosak, dan semua yang bernyawa pasti akan mati. Ada yang hilang, akan ada juga yang datang. Yang hilang biarkan menjadi kenangan dan yang datang mungkin menjadi harapan kini dan masa depan.























0 comments:
Post a Comment